Perutusan Pegawai Daerah Pakan
Selamat sejahtera, terlebih dahulu saya ingin merakamkan syabas kepada pegawai dan kakitangan Pejabat daerah Pakan yang terlibat dalam membangunkan Laman Web ini. Dengan munculnya Laman Web ini, Pejabat Daerah Pakan mampu bergerak seiring dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam usaha memodenkan pengurusan perkhidmatan automasi dan kerajaan elektronik.
Selaras dengan kepesatan kemajuan ICT yang berlaku dengan pantasnya dalam masyarakat masa kini, adalah diharap supaya Laman Web ini dapat mempromosikan Pejabat Daerah Pakan kepada pengguna di samping mendedahkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk makluman pelanggan-pelanggannya. Saya juga berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui Laman Web ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan di Pejabat Daerah Pakan.
Saya percaya dengan adanya Laman Web Pejabat Daerah Pakan ini, dapat membantu orang ramai khususnya masyarakat di Pakan dalam mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan dengan lebih tepat. Akhir kata, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang turut serta membangunkan Daerah Pakan dan seterusnya bersatu dan berganding bahu untuk mencapai Wawasan 2020.
INTING NYAMI
Pegawai Daerah Pakan
|