| |
Piagam Pelanggan Kami
anggota Pejabat Daerah Pakan berikrar akan sentiasa menjalankan
segala tugas dan tanggungjawab kami sebagai penjawat awam dengan
cekap, amanah, mesra dan saksama sepanjang masa.
Seterusnya, kami berjanji kepada semua pelanggan Pejabat Daerah
Pakan dengan memberi perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:
- Permohonan Surat Kuasa Tadbir/Probet akan diproses dengan
serta merta dan dikeluarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari
bekerja dengan penerimaan permohonan yang lengkap dan teratur.
- Permohonan permit pembelian peluru diproses dan dikeluarkan
dalam masa tiga puluh (30) minit.
- Permohonan Sijil Anak Angkat akan diproses serta merta dan
dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Sijil pendaftaran nama-nama perniagaan diproses serta merta
dan akan dilulus/ ditolak dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja.
- Lesen perdagangan akan diproses serta merta dan dikeluarkan
dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
- Kes-kes Mahkamah Adat Bumiputera akan diproses dan dikeluarkan
untuk didengar dan dihakimi dalam masa sembilan puluh (90) hari
dari tarikh pendaftaran kes.
- Baucer-baucer bayaran bagi peruntukan Negeri dan Persekutuan
akan diproses dan dikeluarkan kepada Pejabat Perbendaharaan
Bahagian dan Jabatan Akautan Negara (JAN), Bahagian dalam tempoh
tiga puluh (30) hari bekerja.
- Setiap transaksi pungutan hasil daripada pelanggan akan dilakukan
serta merta dan siap dalam masa sepuluh (10) minit.
- Pemohonan pendaftaran perkahwinan mengikut Adat Iban akan
diproses serta merta dan Sijil Perkahwinan tersebut akan dikeluarkan
dalam masa tujuh (7) hari bekerja.
- Perlaksanaan Projek Kecil Luarbandar akan dikendalikan mengikut
prosedur kewangan yang berkuatkuasa dan spesifikasi yang ditetapkan
oleh agensi-agensi yang bertauliah.
- Permohonan kelulusan pendaftaran Jawatankuasa Kemajuan Dan
Keselamatan Kampung (JKKK) akan dikemukakan kepada pihak atasan
dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja.
- Permohonan Lesen Senapang Patah melalui probet akan diproses
dan dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan
dalam masa empat belas (14) hari bekerja setelah menerima permohonan
yang lengkap dan teratur.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah (DDC) akan diadakan
sekali dalam tempoh tiga (3) bulan.
|
|