Hari ini:
Paparan terbaik dengan pelayar IE 5+ dan resolusi 1024 X 768.
 
                  Free Web Counter

 
   
     
   
  Laman web ini dikemaskini pada
14 Februari 2008.
 



   
 


Maklumat Umum Mengenai Sarawak

Sarawak terletak di bahagian Utara Khatulistiwa di antara latitud 00 500 dan 50 N dan longitud 1090 36' dan 1150 40'E, Sarawak menjajar sepanjang 800km sepanjang barat Laut Pulau Borneo. Sarawak terpisah dari Semenanjung Malaysia ke arah barat sepanjang 600 km Timur-Laut di mana Sultan Brunei membentuk dua kali ganda wilayahnya.

Jika dibandingkan saiznya, Sarawak ialah negeri yang paling besar dalam Persekutuan Malaysia yang meliputi 124,449 kilometer persegi, meliputi kira-kira 37.5% kawasan Malaysia.

Sarawak ialah negara tropikal yang beriklim Khatulistiwa. Ianya panas dan lembap sepanjang tahun dengan purata suhu harian 230C pada sebelah pagi dan 320C pada sebelah petang. Sarawak mengalami 2 musim monsun.

Musim Monsun Timur Laut sering kali melanda di antara November kepada Februari yang akan membawa hujan lebat. Monsun barat daya pula lebih kering keadaannya kerana keadaan hujan yang jarang ; kecuali pada waktu pertukaran monsun, yang mana cuacanya adalah sangat stabil sepanjang tahun. Purata hujan tahunan di kawasan paling lebat adalah diantara 330 sentimeter kepada 460 sentimeter.